Tuesday, 20 August 2013

preparation||registration||university

assalamualaikum...
alhmdulilah..10 days to go for my registration in UPM..nervous sgt sbb sorang 2 mndftar diri..sahabat2 sumenye berlainan arah...hanya Allah yang tahu perasaan perdebar debar mnguasai diri..


alhamdulillah..preparation pon nearly done...just waiting for my appointment in SK NG clinic to get my medical check up done...sometimes..ade sahabat sahabat kte kat lua sne tu..still xtau ape nk wat ble nk msuk u..mcm blurr je kn..ika pon mcm tu jgak..tp alhmdulilah..dpt tips dri sdare mara yg pnah msuk u..so..kat cni ika nk share ckit tips sblum korg msuk u..ok!!

4 Persediaan PENTING sebelum :

1. Dokumen
Segala dokumen yang diperlukan mesti disediakan secepat mungkin. Buat pemeriksaan doktor di klinik swasta atau hospital kerajaan. Barang diingat, harga untuk buat pemeriksaan di klinik swasta dan hospital kerajaan lebih kurang sama. Kelebihan membuat pemeriksaan kesihatan di hospital kerajaan ialah ia mengambil masa yang lama. Di klinik swasta, sehari boleh siap. Pilihlah mana-mana yang berkenan.tp ika prefer buat kat klinik swasta sbb cpat n hrga yg berpatutan..ika pnye harga medical check up xsmpai sratus pon tau..so...korg pdai2 la plih ye..:)

Dokumen lain macam salinan kad pengenalan, sijil-sijil, gambar dan borang-borang perlu disediakan dan diletakkan dalam sebuah fail supaya mudah diuruskan. Takde la kalut bila ada di depan meja pendaftaran nanti.

2. Pakaian
Universiti bukan tempat untuk melaram. Penampilan sangat penting. Sapa-sapa yang nampak serabai tu silalah perkemaskan diri. Pakaian mesti tidak menampakkan bahagian yang sepatutnya..especially prempuan ye..xslah nk brfesyen tp msti jge aurat ye..jgn bg kaum adam tgk aurat kte percuma je tau..!!

Bawa pakaian formal seperti yang universiti tetapkan. Biasanya kemeja, talileher, seluar slack, kasut hitam itu wajib pada minggu pertama. Untuk pelajar perempuan, baju kurung, tudung, dan sebagainya juga diperlukan. Bergantung kepada universiti, kod etika berpakaian biasanya telah disertakan dalam surat tawaran. Ikut peraturan universiti. Universiti bukan macam sekolah, kita buat salah cikgu nak tegur. Pak guard tahan dan terus saman tanpa banyak bicara..mcm ika..upm still pkaian yg santai tp ikot course jgak la..kalo course pdidikan tu..of coz la kne pkai bju krung je...^_^

Selain dari pakaian formal, pakaian sukan dan pakaian biasa juga mesti ada. Takkan nak pakai kemeja sepanjang tahun. Tapi kalau itu memang pakaian rasmi universiti kenalah ikut.

3. Peralatan
Belajar umpama berperang. Tanpa ada peralatan yang cukup tak mungkin kita akan berjaya. Zaman ini peralatan untuk belajar yang wajib ialah komputer. Semua asigmen nak kena buat guna komputer. Ada baiknya bawak laptop yang kecik dan senang di bawa. Tapi untuk kursus multimedia atau sains komputer mungkin tak sesuai laptop kecik. Jangan risau, kursus anda telah menyediakan peralatan yang cukup untuk itu. Laptop tu untuk tulis asigmen dan presantation je. Bab design gunakan makmal komputer.

Bukan setakat komputer, alat tulis juga penting. Saya cadangkan sediakan buku tebal untuk satu samester punya subjek. Letak dalam satu buku yang dibahagikan ikut subjek. Bila nak exam senang nak baca. Kat situ kita catat nota, kat situ kita buat latihan. Jadi tak ada la masalah nota hilang. Biasa nota hilang bila kita tulis dalam kertas sehelai-sehelai.

Selain daripada ke tiga-tiga persediaan di atas, ada baiknya sediakan diri dengan ilmu komunikasi. Mungkin ia dapat membantu kita dalam mendapatkan ilmu. Di universiti tempat kita mendapatkan segala keperluan untuk hidup di masa akan datang. Bertindak aktif dan proaktif dalam segala hal. Masa ni dah tak ada zaman suap menyuap lagi. Semua kena cari sendiri.

4. Mental
Mental juga merupakan persediaan utama sebelum kita melangkah ke alam baru. Dalam menghadapi alam baru di universiti kita akan diserap dengan pelbagai budaya dari pelbagai latar masyarakat. Justeru, persediaan mental dan emosi adalah penting bagi menghadapi pelbagai lapisan budaya dan mengelakkan dari 'culture shock' yang mana boleh memberi effect negative kepada diri kita dan pelajaran kita.

Jadi, perlulah kita buat persediaan mental dan emosi terlebih dahulu ! Mengerti tu yer:)

upm..wait for me..inshaAllah..i'll be there..:)

Wednesday, 15 May 2013

review:terapi ion elektrik

assalamualaikum..
alhamdulillah smlm dpt wat terapi ion elektrik ni...ni sume gara2 keadaan bdn yg agak lmah..kuatkan diri jgak g wat terapi ni...first time wat..rse excited sbb gne elektrik..terapi 2 30 mnit je...at first air yg digunakan mmg warna jernih tapi lpas 30 mnit warna air tu akn brtukar jd warna mcm2...so..bg yg slalu mkn ubat mcm aku ni...mmg air tu ade byk toksik la...mmg trkjut jgak tgk n ade ckit2 darah beku yg kluar..first trial mmg bes sbb bdn rse ringan je..tp bdn still lemah lg...so...kne wat terapi lg...utk bdn jd kuat balik...

APA ITU TERAPI ION ELEKTRIK :

TEKNOLOGI TERAPI DARI JERMAN.

TERAPI ION RENDAMAN KAKI adalah terapi yang mengimbangkan ion- ion negative dan positif yang ada dalam badan manusia.

TERAPI ION RENDAMAN KAKI juga boleh melancarkan peredaran darah, meningkatkan sistem imunisasi untuk melawan berbagai jenis virus dan penyakit. Ia juga mampu mempercepatkan pertumbuhan sel- sel baru dan merawat sel- sel metabolisma yang telah rosak. 

MESIN TERAPI ION RENDAMAN KAKI (MTRIK) ini adalah bukan alat rawatan perubatan kerana tidak lansung menggunakan ubat- ubatan, bahan kimia dan jarum suntikan, tetapi, telah terbukti yang MTRIK mampu merawat dan membuang segala toksin yang menyebabkan penyakit, dan masalah kesihatan secara umumnya, yg terdapat di dalam badan manusia.


MESIN TERAPI ION RENDAMAN KAKI (MTRIK) ternyata berkesan dan terbukti mampu merawat dan menambahbaikkan tahap kesihatan kepada penggunanya.


Berikut adalah antara khasiat dan kesan- kesan positif kepada pengguna MTRIK:-

  • MELANCARKAN PEREDARAN DARAH.
  • MERAWAT SAKIT LUTUT DAN SENDI
  • MENGATASI MASALAH KEWANITAAN(SAKIT PUAN)
  • MENGHILANGKAN KELETIHAN TUBUH BADAN
  • MENGURANGKAN KOLESTEROL
  • MENGAWAL KANDUNGAN GULA UNTUK PESAKIT DIABETES
  • MENGHALUSKAN DAN MENCANTIKKAN KULIT
  • MEMPERBAIKI FUNGSI BUAH PINGGANG DAN HATI
  • MENGHILANGKAN JERAWAT DAN PENYAKIT KULIT
  • MENGURANGKAN LEMAK YANG BERLEBIHAN
  • MENGUATKAN DAYA INGATAN
  • MERAWAT DAN MENCEGAH RADANG SENDI DAN OTOT
  • MENINGKATKAN TENAGA BATIN
  • MERAWAT PENYAKIT STROKE/ ANGIN AHMAR
  • MENGHILANGKAN STRESS DAN PENYAKIT SUSAH TIDUR
  • MENGAWAL TEKANAN DARAH BAGI PENGIDAP TEKANAN DARAH TINGGI
  • MENYEGARKAN BADAN, CERGAS DAN MENENANGKAN FIKIRAN

DAN MASIH BANYAK LAGi.....

Anda dapat lihat perubahan warna pada air setelah menjalani terapi ion rendaman kaki:
  1. Kuning kehitAman: Toksin dari saluran buah pinggang
  2. Kuning kemerahan: Merawat dan mencegah Penyakit Gout
  3. Kuning berminyak: Kolestrol
  4. Coklat : Masaalah Hempedu
  5. Hijau tua: Merawat Masaalah Batu Karang(Pundi hempedu)
  6. Buih putih: Kelenjar limpa
  7. Buih gelembung: Merawat Penyakit Gastrik
  8. Zarah putih keju: Ortoprosit tulang
  9. Hitam: Logam berat
  10. Merah: Zarah darah merah



gmbar2 ni pk cik google yg pnye...gmbar sdiri dirahsiakan..

Sunday, 12 May 2013

La Tahzan Innallaha Ma'ana




Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot… ”.
اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah ” (QS 36 : 82).

Ketika kita mengeluh : “ee, aku penat sangat … ”.
اَللّهُ menjawab : “ … dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirahat ” (QS 78 : 9). …

Ketika kita mengeluh :… “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku … ”.
اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ” (QS 2 : 286).

Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa … ”.
اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ” (QS 13 : 28).

Ketika kita mengeluh : “ pe aku buat ni semua sia-sia … ”.
اَللّهُ menjawab : ” Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji dzarah sekalipun, niscaya ia akan melihat balasannya ” (QS 99 : 7).

Ketika kita mengeluh : “ takde sorang pun nak tolong aku … ”.
اَللّهُ menjawab: “ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku kabulkan untukmu ” (QS 40 : 60).

Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat… ”.
اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita ” (QS 9 : 40).

Segala masalah kita, persoalan kita, sudah terjawab oleh ALLAH, semoga Allah kuatkan hati kita.