Tuesday, 20 August 2013

preparation||registration||university

assalamualaikum...
alhmdulilah..10 days to go for my registration in UPM..nervous sgt sbb sorang 2 mndftar diri..sahabat2 sumenye berlainan arah...hanya Allah yang tahu perasaan perdebar debar mnguasai diri..


alhamdulillah..preparation pon nearly done...just waiting for my appointment in SK NG clinic to get my medical check up done...sometimes..ade sahabat sahabat kte kat lua sne tu..still xtau ape nk wat ble nk msuk u..mcm blurr je kn..ika pon mcm tu jgak..tp alhmdulilah..dpt tips dri sdare mara yg pnah msuk u..so..kat cni ika nk share ckit tips sblum korg msuk u..ok!!

4 Persediaan PENTING sebelum :

1. Dokumen
Segala dokumen yang diperlukan mesti disediakan secepat mungkin. Buat pemeriksaan doktor di klinik swasta atau hospital kerajaan. Barang diingat, harga untuk buat pemeriksaan di klinik swasta dan hospital kerajaan lebih kurang sama. Kelebihan membuat pemeriksaan kesihatan di hospital kerajaan ialah ia mengambil masa yang lama. Di klinik swasta, sehari boleh siap. Pilihlah mana-mana yang berkenan.tp ika prefer buat kat klinik swasta sbb cpat n hrga yg berpatutan..ika pnye harga medical check up xsmpai sratus pon tau..so...korg pdai2 la plih ye..:)

Dokumen lain macam salinan kad pengenalan, sijil-sijil, gambar dan borang-borang perlu disediakan dan diletakkan dalam sebuah fail supaya mudah diuruskan. Takde la kalut bila ada di depan meja pendaftaran nanti.

2. Pakaian
Universiti bukan tempat untuk melaram. Penampilan sangat penting. Sapa-sapa yang nampak serabai tu silalah perkemaskan diri. Pakaian mesti tidak menampakkan bahagian yang sepatutnya..especially prempuan ye..xslah nk brfesyen tp msti jge aurat ye..jgn bg kaum adam tgk aurat kte percuma je tau..!!

Bawa pakaian formal seperti yang universiti tetapkan. Biasanya kemeja, talileher, seluar slack, kasut hitam itu wajib pada minggu pertama. Untuk pelajar perempuan, baju kurung, tudung, dan sebagainya juga diperlukan. Bergantung kepada universiti, kod etika berpakaian biasanya telah disertakan dalam surat tawaran. Ikut peraturan universiti. Universiti bukan macam sekolah, kita buat salah cikgu nak tegur. Pak guard tahan dan terus saman tanpa banyak bicara..mcm ika..upm still pkaian yg santai tp ikot course jgak la..kalo course pdidikan tu..of coz la kne pkai bju krung je...^_^

Selain dari pakaian formal, pakaian sukan dan pakaian biasa juga mesti ada. Takkan nak pakai kemeja sepanjang tahun. Tapi kalau itu memang pakaian rasmi universiti kenalah ikut.

3. Peralatan
Belajar umpama berperang. Tanpa ada peralatan yang cukup tak mungkin kita akan berjaya. Zaman ini peralatan untuk belajar yang wajib ialah komputer. Semua asigmen nak kena buat guna komputer. Ada baiknya bawak laptop yang kecik dan senang di bawa. Tapi untuk kursus multimedia atau sains komputer mungkin tak sesuai laptop kecik. Jangan risau, kursus anda telah menyediakan peralatan yang cukup untuk itu. Laptop tu untuk tulis asigmen dan presantation je. Bab design gunakan makmal komputer.

Bukan setakat komputer, alat tulis juga penting. Saya cadangkan sediakan buku tebal untuk satu samester punya subjek. Letak dalam satu buku yang dibahagikan ikut subjek. Bila nak exam senang nak baca. Kat situ kita catat nota, kat situ kita buat latihan. Jadi tak ada la masalah nota hilang. Biasa nota hilang bila kita tulis dalam kertas sehelai-sehelai.

Selain daripada ke tiga-tiga persediaan di atas, ada baiknya sediakan diri dengan ilmu komunikasi. Mungkin ia dapat membantu kita dalam mendapatkan ilmu. Di universiti tempat kita mendapatkan segala keperluan untuk hidup di masa akan datang. Bertindak aktif dan proaktif dalam segala hal. Masa ni dah tak ada zaman suap menyuap lagi. Semua kena cari sendiri.

4. Mental
Mental juga merupakan persediaan utama sebelum kita melangkah ke alam baru. Dalam menghadapi alam baru di universiti kita akan diserap dengan pelbagai budaya dari pelbagai latar masyarakat. Justeru, persediaan mental dan emosi adalah penting bagi menghadapi pelbagai lapisan budaya dan mengelakkan dari 'culture shock' yang mana boleh memberi effect negative kepada diri kita dan pelajaran kita.

Jadi, perlulah kita buat persediaan mental dan emosi terlebih dahulu ! Mengerti tu yer:)

upm..wait for me..inshaAllah..i'll be there..:)